Skip to content
Bina Website
Bina Website
Website Professional Murah
Menu
  • 0

    No products in the cart!

    Please make your choice.

    View all catalog
  • Utama
  • Blog
  • Kedai
    • CheckOut
    • Bakul
  • Hubungi Kami
  • Affiliate
    • Affiliate: Log Masuk
    • Affiliate: Daftar
    • Affiliate: Terma&Syarat
Bina Website
Bina Website
Website Professional Murah

Log Masuk ke Akaun Anda

Lost your password?

Hubungi Kami

icon
01111-800 567
WhatsApp Only
icon
010-340 4425
WhatsApp Only
icon
support@binaweb.site
Online Support

Blog

  • Homepage
  • Blog
Posted by admin

5 Sebab Website anda Perlu Ada Blog!

10th March 2019website 0

Kebanyakan laman web perniagaan masih tidak mempunyai ruangan blog. Mungkin mereka sibuk dan tidak ada masa untuk menulis artikel. Mungkin juga mereka fikir bahawa halaman blog tidak penting bagi sesebuah website.

Tetapi tahukah anda bahawa tidak mempunyai blog bagi website adalah satu kesilapan besar. Kenapa? Halaman blog akan membawa banyak kelebihan kepada laman web anda. Jika anda tidak mempunyai blog di website, anda tidak akan dapat kelebihan ini. Apa kelebihannya ada blog untuk website?

1 – Bawa Trafik Ke Website

Website yang ada blog akan ada lebih banyak trafik (pengguna web yang singgah ke website) daripada website yang tidak ada blog. Persoalannya, macam mana website yang ada blog menghasilkan trafik yang lebih banyak?

Jawapannya sangat mudah. Blog, terutama yang memiliki SEO yang baik, akan membawa banyak trafik. Artikel blog yang ditulis dengan kata kunci terbaik akan membuatkan laman web anda mudah dicari di enjin carian. Jadi, dengan menambah lebih banyak artikel di halaman blog website anda, kemungkinan untuk orang klik dan melihat website anda akan jadi lebih besar.

2. Trafik dapat menjana lebih jualan

Dengan adanya blog, anda dapat menggunakan trafik laman web untuk menjadikan produk atau servis anda lebih banyak terjual. Macam mana caranya? Anda boleh menambah link atau pop up pada blog anda dan tawarkan ebook percuma, kelas percuma, produk percuma, konsultasi percuma, kupon dan lain-lain yang berkaitan.

Dengan cara ini, pelanggan akan memberikan maklumat mereka untuk anda hubungi. Dan anda boleh menggunakan maklumat itu untuk memberikan maklumat dan tawaran bagi produk dan servis yang dijalankan.

3. Memudahkan kerja untuk mempromosikan media sosial

Sebagai seorang peniaga, mesti anda ada media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram. Tetapi, pernah tak anda rasa buntu nak tulis atau hantar apa di media sosial anda. Dan akhirnya, media sosial anda sepi tanpa post.

Kalau anda ada blog, artikel anda yang menarik itu boleh digunakan. Pastikan anda menulis artikel yang asli, menarik dan bermanfaat. Dan media sosial anda pasti akan dapat lebih banyak followers, likes, dan shares. Media sosial yang berjaya akan meningkatkan kepercayaan pelanggan dan menaikkan hasil jualan anda.

4. Membina hubungan dengan bakal pelanggan

Di blog, akan ada bahagian untuk komen. Dan di sinilah anda perlu berinteraksi dengan pelawat blog anda. Anda boleh menggalakkan pelawat blog anda untuk meninggalkan komen dengan cara meletakkan pertanyaan di akhir blog anda. Anda boleh tanya pendapat atau pengalaman mereka. Ini akan meningkatkan interaksi pelawat, menaikkan imej dan kepercayaan brand anda sekaligus menaikkan hasil jualan.

5. Hasil yang baik dalam jangka masa panjang

Website anda sekarang mungkin kurang trafik. Tetapi, blog-blog yang anda tulis akan membawa trafik sepanjang masa, walaupun artikel blog itu telah lama ditulis.


Walaupun anda hanya ada perniagaan yang kecil, blog-blog ini akan membantu anda menjana trafik dan menaikkan kedudukan website anda di enjin carian tanpa kos. Anda juga dapat meningkatkan kredibiliti dan interaksi pelanggan dengan syarikat anda.

Hasilnya, orang lain akan lebih berminat untuk membeli servis atau produk anda. Mereka juga mungkin akan lebih berminat untuk mecadangkan servis atau produk anda kepada keluarga dan kawan-kawan.

Posted by admin

Beli Banyak Domain Untuk Satu Perniagaan? Pelik, bukan?

10th March 2019domain 0

Semestinya tidak pelik untuk seseorang individu atau sesebuah syarikat membeli banyak domain untuk setiap perniagaan atau servis yang berbeza. Tetapi, bagaimana jika individu atau syarikat tersebut hanya ada satu jenis perniagaan? Yang lagi pelik, semua nama domain adalah sama sahaja. Yang berbeza hanyalah extension domain. “MeeSarawak.com”, “MeeSarawak.net”, “MeeSarawak.online”, “MeeSarawak.store”, dll.

Sebenarnya, membeli banyak domain dengan extension berlainan bukanlah satu perkara yang pelik. Kenapa?

Strategi ini kadang kala digunakan untuk menjimatkan masa daripada memikirkan extension mana yang lebih sesuai untuk digunakan untuk sesuatu perniagaan.


Bukan itu sahaja, bayangkan anda ingin memasarkan brand anda, jadi nama domain sangat penting. Dengan strategi membeli banyak domain ini, anda dapat mengelakkan orang lain daripada memiliki domain yang sama dengan anda. Dengan ini, brand anda akan lebih terjamin keselamatan kerana tiada orang dapat memiliki domain yang serupa dengan anda dan mencemarkan imej brand anda (secara sengaja atau tidak sengaja).

Posted by admin

5 tips untuk memilih nama domain yang sesuai

10th March 2019domain 0

5 tips untuk memilih nama domain yang sesuai

Pemilihan nama domain selalunya menjadi satu perkara yang sering dipandang remeh. Namun, proses ini sangat penting kerana domain ialah identiti bagi sesebuah laman web. Domain yang bagus akan lebih mudah diingati dan lebih mudah dijenamakan. Jadi, jom kita lihat dan cuba 5 tips di bawah ini untuk memilih nama domain yang sesuai bagi blog atau laman web perniagaan kita.

1. Pilih nama domain yang mudah dan pendek

Nama domain yang pendek akan lebih mudah diingati. Satu atau dua patah perkataan sudah cukup dan pastikan nama domain perlu ada kaitan dengan laman web atau perniagaan kita. Jangan letak sebarang simbol atau nombor. Sesetengah orang nak nama domain yang unik tetapi gagal untuk menyedari bahawa nama domain sebegini hanya akan menyusahkan pelanggan untuk mengingati laman web tersebut.

Dan yang paling utama, elakkan kesalahan ejaan pada nama domain. Kenapa? Kesalahan ejaan hanya akan menyebabkan laman web kita kehilangan trafik.

Bayangkan jika kita tersilap letak nama domain seperti “kekseda.my”, sudah tentu pelanggan akan susah untuk cari dan ingat laman web ini. Pengunjung yang pernah datang ke laman web ini kebanyakkannya akan membetulkan kesalahan kita sendiri (psikologi) dengan memasukkan ke dalam enjin carian “keksedap.my” dan akhirnya sampai ke laman web lain.

2.  Pilih nama domain berdasarkan target

Kalau kita nak jalankan bisnes perniagaan, pelanggan manakah yang bakal menjadi target utama kita? Untuk memajukan bisnes dan mengurangkan persaingan, tentukan bakal pelanggan dengan ciri apa yang akan menjadi  target utama bisnes kita terlebih dahulu. Kemudian, masukkan fokus target ke dalam nama domain kita. Contohnya, jika target pelanggan kita ialah berdasarkan lokasi, kita boleh gunakan lokasi tersebut sebagai nama domain seperti meesarawak.com.

3. Pilih extension bagi domain yang bersesuaian

Extension yang paling banyak digunakan dan sering dicari ialah “.com”. Bukan sahaja popular, tetapi “.com” memang sangat sesuai untuk semua jenis laman web dan extension ini adalah yang paling selamat untuk digunakan. Tetapi jika perniagaan atau laman web kita lebih bersesuaian untuk extension jenis lain seperti “.org”, “.edu”, “.store”, boleh juga kalau nak guna. Lagipun, extension macam ni lebih unik dan ada yang lebih murah daripada “.com”.

4.  Lakukan kajian sebelum memilih nama domain


Kaji dahulu sebelum memilih nama domain kerana takut nama tersebut mengandungi copyright atau trademark syarikat lain. Tak nak la nanti kita disaman pulak. Lakukan juga kajian mengenai kata kunci yang sesuai untuk nama domain. Cari kata kunci yang paling banyak dicari dan rendah persaingan yang berkaitan dengan laman web atau perniagaan.

5. Pastikan nama domain tersebut masih boleh digunakan di media sosial


Penat-penat pilih nama domain, takkan tak nak promosi dekat media sosial. Kita nak lah nama domain dan username dekat media sosial sama supaya mudah dicari dan diingati. Jadi semak dulu sama ada nama domain tersebut sudah digunakan atau tak dekat facebook, twitter, instagram dan lain-lain.

Tips Ekstra: 

Guna domain generator online untuk dapatkan idea nama domain dan semak sama ada domain tersebut masih ada dan masih tak digunakan di media sosial. Boleh cari di carian enjin. Google kan ada. Atau gunalah website yang saya cadangkan ni – https://www.leandomainsearch.com/


Latest News
10th March 2019
5 Sebab Website anda Perlu Ada Blog!
10th March 2019
Beli Banyak Domain Untuk Satu Perniagaan? Pelik, bukan?
10th March 2019
5 tips untuk memilih nama domain yang sesuai
Lihat Semua Blog
Products
  • Logo
  • Photoshop Gambar RM20.00
  • Youtube RM13.00 – RM15.00
  • Facebook RM1.50 – RM65.00
  • Instagram Komen RM0.50 – RM1.00
Follow Us
Facebook
Twitter
Linkedin
Google +
Pinterest
0111 180 0567

WhatsApp Only

010 - 340 4425

WhatsApp Only

support@binaweb.site

Online Support

Copyright © 2017-2019 BinaWeb.site, Designed by BinaWeb.site