Semestinya tidak pelik untuk seseorang individu atau sesebuah syarikat membeli banyak domain untuk setiap perniagaan atau servis yang berbeza. Tetapi, bagaimana jika individu atau syarikat tersebut hanya ada satu jenis perniagaan? Yang lagi pelik, semua nama domain adalah sama sahaja. Yang berbeza hanyalah extension domain. “MeeSarawak.com”, “MeeSarawak.net”, “MeeSarawak.online”, “MeeSarawak.store”, dll.
Sebenarnya, membeli banyak domain dengan extension berlainan bukanlah satu perkara yang pelik. Kenapa?
Strategi ini kadang kala digunakan untuk menjimatkan masa daripada memikirkan extension mana yang lebih sesuai untuk digunakan untuk sesuatu perniagaan.

Bukan itu sahaja, bayangkan anda ingin memasarkan brand anda, jadi nama domain sangat penting. Dengan strategi membeli banyak domain ini, anda dapat mengelakkan orang lain daripada memiliki domain yang sama dengan anda. Dengan ini, brand anda akan lebih terjamin keselamatan kerana tiada orang dapat memiliki domain yang serupa dengan anda dan mencemarkan imej brand anda (secara sengaja atau tidak sengaja).