Kebanyakan laman web perniagaan masih tidak mempunyai ruangan blog. Mungkin mereka sibuk dan tidak ada masa untuk menulis artikel. Mungkin juga mereka fikir bahawa halaman blog tidak penting bagi sesebuah website.
Tetapi tahukah anda bahawa tidak mempunyai blog bagi website adalah satu kesilapan besar. Kenapa? Halaman blog akan membawa banyak kelebihan kepada laman web anda. Jika anda tidak mempunyai blog di website, anda tidak akan dapat kelebihan ini. Apa kelebihannya ada blog untuk website?
1 – Bawa Trafik Ke Website
Website yang ada blog akan ada lebih banyak trafik (pengguna web yang singgah ke website) daripada website yang tidak ada blog. Persoalannya, macam mana website yang ada blog menghasilkan trafik yang lebih banyak?
Jawapannya sangat mudah. Blog, terutama yang memiliki SEO yang baik, akan membawa banyak trafik. Artikel blog yang ditulis dengan kata kunci terbaik akan membuatkan laman web anda mudah dicari di enjin carian. Jadi, dengan menambah lebih banyak artikel di halaman blog website anda, kemungkinan untuk orang klik dan melihat website anda akan jadi lebih besar.
2. Trafik dapat menjana lebih jualan
Dengan adanya blog, anda dapat menggunakan trafik laman web untuk menjadikan produk atau servis anda lebih banyak terjual. Macam mana caranya? Anda boleh menambah link atau pop up pada blog anda dan tawarkan ebook percuma, kelas percuma, produk percuma, konsultasi percuma, kupon dan lain-lain yang berkaitan.
Dengan cara ini, pelanggan akan memberikan maklumat mereka untuk anda hubungi. Dan anda boleh menggunakan maklumat itu untuk memberikan maklumat dan tawaran bagi produk dan servis yang dijalankan.
3. Memudahkan kerja untuk mempromosikan media sosial
Sebagai seorang peniaga, mesti anda ada media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram. Tetapi, pernah tak anda rasa buntu nak tulis atau hantar apa di media sosial anda. Dan akhirnya, media sosial anda sepi tanpa post.
Kalau anda ada blog, artikel anda yang menarik itu boleh digunakan. Pastikan anda menulis artikel yang asli, menarik dan bermanfaat. Dan media sosial anda pasti akan dapat lebih banyak followers, likes, dan shares. Media sosial yang berjaya akan meningkatkan kepercayaan pelanggan dan menaikkan hasil jualan anda.
4. Membina hubungan dengan bakal pelanggan
Di blog, akan ada bahagian untuk komen. Dan di sinilah anda perlu berinteraksi dengan pelawat blog anda. Anda boleh menggalakkan pelawat blog anda untuk meninggalkan komen dengan cara meletakkan pertanyaan di akhir blog anda. Anda boleh tanya pendapat atau pengalaman mereka. Ini akan meningkatkan interaksi pelawat, menaikkan imej dan kepercayaan brand anda sekaligus menaikkan hasil jualan.
5. Hasil yang baik dalam jangka masa panjang
Website anda sekarang mungkin kurang trafik. Tetapi, blog-blog yang anda tulis akan membawa trafik sepanjang masa, walaupun artikel blog itu telah lama ditulis.
Walaupun anda hanya ada perniagaan yang kecil, blog-blog ini akan membantu anda menjana trafik dan menaikkan kedudukan website anda di enjin carian tanpa kos. Anda juga dapat meningkatkan kredibiliti dan interaksi pelanggan dengan syarikat anda.
Hasilnya, orang lain akan lebih berminat untuk membeli servis atau produk anda. Mereka juga mungkin akan lebih berminat untuk mecadangkan servis atau produk anda kepada keluarga dan kawan-kawan.